Ada kawan tepon call ebby yus.dia kata RTM nak RM4000 utk keluarkan semua 13 episod.dia boleh kuar duit sendiri,tapi takut tak leh cover balik duit dia.maklumla banyak mana sangat orang minat crita2 macmni.ada apa2 idea?
Permalink Reply by lie on October 27, 2009 at 1:03pm
Salam semua, Saya adalah ahli baru dalam komuniti ni. sebut ttg KHBE..... Saya amat meminati siri ini. Seingat saya, ianya dsiarkan pada 1993 buat pertama kalinya dan diulangsiar pada 1997 . Apa yang menarik bagi saya dalam drama ini adalah teknik dan langkah silat yang rare dapat dilihat pada saudara Eman Manan dan pemegang watak pendita ( guru 7 hero dalam drama tu ) Komen ni saya dgr dari arwah datuk saya sendiri semasa melihat aksi pertarungan drama ini arwah berkata " eman manan tu masih lagi guna cara tendangan silat yang asal dan yang sorang lagi tu".saya bertanya pada arwah datuk tendangan silat yang asal camana, arwah menjelaskan tendangan adalah pada paras pinggang dan ke bawah. Arwah juga menjelaskan semasa belajar silat zaman remajanya dulu tidak pernah ada tendangan silat yang melebihi paras pinggang dan ke atas. kebanyakan aksi silat dalam drama sekarang sudah disaduri oleh teknik seni pertahanan diri yang lain. Ayah saya juga komen perkara yang sama. Walau bagaimanapun saya memohon maaf sekira komen sebegini boleh menyinggung pula. Mungkin ada pendapat yang lain pula boleh kemukakan dalam ruangan ni
Permalink Reply by lie on October 27, 2009 at 1:25pm
ada khabar mengatakan RTM nak lupus koleksi video yg mungkin dah berkulat dalam arkib. Bukankah lebih baik jka ianya dijual pihak yang berminat utk mencetak semula scara tender atau sbagainya. sekaligus boleh menyumbang pendapatan kepada kerajaan sendiri. Dan kalau boleh, beri keutamaan kepada pihak bumiputra.
- RTM patut memberikan pertimbangan atas permintaan abby yus utk mencetak semula KHBE ni. Sebenarnya, apa yang diperjuangkan oleh saudara abby yus bukanlah keuntungan, namun 1 nilai seni yang mungkin x akan dapat dilihat oleh generasi akan datang. Seni silat. Seni Kita, dan tanggungjawab utk memastikannya akan terus hidup. Mgkin SMC bergabung tenaga dgn saudara abby yus membuat rayuan pada menteri penyiaran ttg perkara ini, minta sokongan menteri kebudayaan dan pelancongan. Klau x jalan juga, Saudara Abby Yus mungkin boleh joinventure dengan syarikat pelancongan ( jika boleh biarlah bumiputra ) dan jika dapat restu / sokongan daripada kementerian yang berkenaan utk memasukkan DVD KHBE dan lain2 yang dirasakan bersesuaian di dalam pakej pelancongan . iaitu, setiap pelancong akan diberi DVD ini kerana dah dikira dalam pakej yang mereka dah bayar/ kira dah beli. Secara tidak langsung kita dah bantu promosi seni kita kepada orang luar dan membantu utk pulangan modal yang dah keluar. Mohon maaf kalau cadangan / komen saya ni kurang sesuai.
Setakat RM 4,000 tu aku pun boleh bayar. Tapi kalau cerita tak best nak buat aper. Kalau beli dah macam bakar mercun yang berharga RM 4k. Baik aku bagi kat masjid atau kat rumah anak2 yatim. Takpun dapat beli 4 set computer dengan monitor LCD