Wasalam...
Hum,cara yang terbaik adalah...bykkan aktiviti yg menarik tuk dpatkan tarikan dri para pelajar sekolah...contohnya kejohanan pencak silat antara sekolah-sekolah,bengkel,kursus,camping or apa2 jak lah.. yg lain...ia dapt menarik minat para pelajar untuk mnyertai persatuan tersebut...
Selain itu, cara mempromosikan silat juga adalah antara cara kita menaikkan taraf silat... kita lihat saja, bagaimana banyak sponsor2 dari swasta disamping mempromosikan seni beladiri asing, macam itu juga kita perlu buat seiring dengan peredaran zaman n usia... Banyak lagi cara rasanya, tapi idea rakan kita di atas pn baik juga... wasallam... ;)
Kita perlukan orang - orang silat menjadi usahawan yang berjaya dan boleh menaja program silat. Kita perlukan orang - orang silat menjadi pegawai syarikat - syarikat besar. Sebenarnya yang paling susah ialah menerapkan jati diri tentang silat sebab ia adalah ada disiplin, etika tidak seperti merempit...
Satu persoalan...kenapa askar askar kita sendiri tidak mengambil silat sebagai seni mempertahankan diri yg official...kenapa mesti mengambil seni mempertahankan diri yg bukannyer asli dari bumi kita sendiri?
As Salaamu Alai Kum..
Kenapa? Senang sahaja MENTALITI. Contoh kalau pergi beli makanan segera ramai orang pergi ke KFC berbanding misalnya SugarBun yang merupakan syarikat tempatan. Semua ini berlaku kerana
1) Silat dipandang low Class oleh orang atasan tentera dan polis.
2) Beladiri asing mempunyai pertubuhan yang kemas. Jurulatih terlatih dan mudah diganti jika ada sesuatu berlaku, silibus mengikut perkembangan masa, tidak banyak karenah seperti penganut agama mana pun bebas memasukinya
Bagaimana nak mengubahnya? Kita perlukan orang silat sebagai orang atasan yang sanggup memperjuangkannya. Kita perlukan orang - orang silat berpelajaran tinggi dan menjadi pegawai atasan tentera, pemimpin negara dan sebagainya.
Ya,saya stuju dgan pndapat saudara2 skalian....kbnykkan msyarakat awam memndg rndah akn persilatan melayu...malah,mereka lbih mnyukai martial art dri luar ngara...contohnya,Muay Thai...yg bnyak mnjadi tarikan pda golongan remaja pda masa skrag...krana mreka mluaskan beladiri trsebut ke filem2 ke sluruh dunia..mreka mnunjukkan skill2 yg boleh menarik penonton..cntohnya aksi gaduh...
Silat tidak kurangnya dgan pukulan mautnya kan....hehe
Jadi,kita kna mgabil satu inisiatif untk memajukan prsilatan melayu pda zaman skrg yg makin luput di minda masyarakat melayu kini...
Paling utama kenapa diadakan persatuan beruniform lain sedangkan hanya di sekolahlah, tempatnya galakkan dan kegiatan menaik tarafkan adat budaya Melayu. Saya bercadang agar hanya kegiatan ko-kurikulum yang berlatarkan budaya Melayu sahaja dijalankan di sekolah. Ingat Melayu di South Africa, Sri Lanka, Maldives sudah hilang budaya Melayu, tak kan di Malaysia juga! Pening kepala HangTuah.
secara umumnya, selain memelihara adat dan kebudayaan, persatuan silat juga perlu ada imej korporat.
masyarakat umum melihat silat, secara kasar, sebagai kumpulan orang yang bertanjak, sampin, keris, parang, rambut panjang dan macam2 imej kurun ke-15.
bukan saya nak merendah2kan pakaian adat budaya, tapi untuk majlis istiadat ada kod-pakaian (dress-code), untuk promosi ada kod-pakaian tersendiri.
kesepakatan kita para pendiri pertubuhan silat tidak sepakat, dok leka syok sendiri kenapa kita tidak satukan menjadi satu pertubuhan silat berimej malaysia ada sukatan pelajaran sebagaimana pertubuhan bela diri luar seperti taekwando, karate, masalah utama sering berlaku tiada aktivit yg berterusan dok lebih pada latihan, gredding internal game try ler wat event 4 bulan sekali ker......
bagi menjawab soalan saudara anak muar dan respon kepada saudara protoage...sebagai bekas anggota tentera diamati kebanyakkan pemerintah atasan masih mempunyai pandangan yang serong/silap terhadap silat..realitinya,kebanyakkan anggota tentera mahu belajar silat dan kebanyakkan mereka mmg sudah sedia seorang pesilat sebelum menyertai tentera...sebagai pegawai sukan ketika itu, saya bertggjwb mengkoordinasikan latihan TTS bagi semua anggota...disebabkan diri seorang pesilat dan silat mendapat permintaan yg tinggi di kalangan anggota..saya mengadap panglima untuk mewujudkan kelas silat bagi menggantikan sesi TTS semasa berkhidmat di Kuantan...sedih dan kecewa apabila diajukan pertanyaan seperti silat yang ko nak bawak masuk ni ade yg menyimpang dari ajaran islam tak? silat apa ko nak bawak ni? bagus ke silat ni? apa silat boleh bagi pada organisasi? jawab dengan senyum jela...nampak sangat panglima ni xtau pape pasal silat..nak melatah xbleh..lagi buruk nama silat..jadi kene la terangkan btol2...kene ingat jugak sape yg bawak taekwando ke dalam tentera yg sebelum ni tentera kita blaja silat seni gayung dan gayung fatani?? perdana menteri tuh(tun abdul razak)...kononnya terpesona dengan disiplin yang dipamerkan oleh tentera korea semasa lawatan kerja di sana...
dari sini kita boleh lihat perspektif silap dan negatif masyarakat melayu sendiri (termasuk pemimpin melayu)pada silat..kenapa perkara ni berlaku? xperlu la saya jawab sebab semua tahu...tp teruk sangat ke silat ni..tak berdisiplin sgt ke pesilat ni..
jadi...untuk menaikkan taraf silat di mana2 institusi adalah terletak pada ahlinya...berila pandangan yg positif dan betul kepada masyarakat tentang silat...jaga disiplin,menunjukkan sikap seorang pesilat/pendekar yang sejati...
kepada saudara si bongkok pula..sebenarnya sudah pun ada kurikulum silat malaysia yang telah disusun oleh arwah guru utama pertubuhan seni gayung fatani malaysia arwah tn hj anuar abd wahab...tujuannya untuk membezakan seni silat dan pencak silat indonesia..sebagai salah satu identiti silat di malaysia...tapi kenapa kurikulum yang telah diamanahkan kepada beliau oleh pihak kementerian dipulangkan semula kepada arwah? seperti yang saudara katakan la..tiada kesepakatan...masing2 nak jaga periuk nasi masing2...macam2 alasan...ada yg kata arwah buat kurikulum ikut pertubuhan sendiri la...nak naikkan nama gayung fatani jelah..pada hal masing2 xnak ilang nama pertubuhan masing2 kalau dah pkai nama Silat Malaysia...
saya memahami kata2 tuan......TTS merupakan sylabus yg diterapkan ke atas kami....ketetapan dan perubahan ketara untuk meletakkan sylabus baru terletak atas CO sendiri...yg boleh dilakukan hanya membuat persatuan persilatan sendiri yg diwakili hanya beberapa ahli....lambat laun persatuan menjadi hidup tak nak mati tak mahu...andainya sylabus diterapkan keatas semua ahli..sesungguhnya ianya akan mengembang dgn pesat....itupun kalau tak ada persoalan2 yg bodoh dari pihak atasan....
kalau dlm organisasi tentera..mana2 pon ssh silat nak berkembang maju...saya pon hairan knp la pulapot dok sibuk ngan TTS...knp ntah tun abdul razak sbuk nak bawak taekwando dl dlm tentera...
pnah ade sorang tua tny saya..anak ni tentera ke..saya jawap ye..tentera blaja pe..saya jawab la taekwando..tau pe org tua tu cakap..mcm mane tentera nak menang perang blaja taekwando..huhu..
yg penting ade kemahuan..bila ade kemahuan mesti ade jalan..harap anak muar jgn putus asa..kalau ade pape yg bleh saya tlg bleh bg tau saya...