SilatMelayu.Com

Silat Melayu Community

As Salaamu Alai Kum
Bagaimanakah cara untuk menaik taraf persatuan silat di sekolah supaya seiring dengan persatuan beruniform yang lain.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Antara yang perlu dilakukan ialah kekalkan profesionalisma pada gurulatih/jurulatih seperti:-

Menepati masa- simple tapi amat penting
Disiplin di dalam dan di luar gelanggang
Pengurusan persatuan kena telus dan betul
Perancangan yang tersusun pada latihan dan program
Penerapan nilai dalam latihan/program
Belajar apa yang elok daripada unit beruniform yang lain supaya dapat terus meningkat dan tidak statik pada takuk yang lama.

Moga dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan badan beruform lain.. huhuhu

Reply to This

Salam...

Sedikit perkongsian pengalaman di sekolah saya.. Saya merupakan seorang guru dan juga cikgu yang mengajar silat disekolah... Alhamdulillah pengamatan saya di sekolah saya, Silat memang menjadi pilihan utama dalam persatuan beladiri yang dipilih selain dari taekwondo..

Kebanyakan program yang melibatkan persatuan silat yang saya pimpin disekolah adalah seperti demo untuk hari sukan, sambutan VIP, demo hari guru etc. Memang untuk menjayakan persatuan nie, kena banyak kerja sikit lah... Tapi yang penting kepuasan nama SILAT di martabatkan...

Cuma sekarang nie, pelajar yang menyertai persatuan silat lebih kepada ke arah pertandingan.. Bagi syaa itu tidak menjadi masalah... Masalahnya ialah sekarang nie Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk menamatkan pertandingan Silat olahraga di sekolah-sekolah. Khususnya di Johor.. Tahun 2009 ni dah takder lagi pertandingan silat olahraga peringkat sekolah dan negeri.. Atas alasan kecederaan dan sebagainya...Jadi makin kuranglah jenis pertandingan silat..

Sifat profesionalisma memang penting sekali dalam semua persatuan..pengurusan yang betul dan bersistematik akan nampak lagi teraturnya persatuan silat di sekolah.. Dan yang paling utama sekali dalam usaha menarik minat pelajar ialah dengan cara menunjukan Demo yang menarik..

Sekian.. sekadar perkongsian

Reply to This

Saya amat tertarik dengan cerita Alam Satria.

Memang la setiap aktiviti seni di sekolah mestilah menepati kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri masing tetapi yang menjadi kesilapan mereka adalah meletakkan Seni Silat dibawah unit pakaian seragam sekolah. Sepatutnya silat perlu diletakkan dibawah sukan kerana silat turut dipertandingkan di peringkat Sukan Malaysia (Sukma), dan Sukan Sea. Disebabkan itulah seni silat tidak berkembang dengan pesat di sekolah.

Silat Olahraga (SO) adalah sesuatu yang baru dalam kokurikulum sekolah tetapi telah lama diperjuangkan oleh guru-guru silat untuk masukkan So dipertandingkan di peringkat sekolah-sekolah. Jadi tidak wajarlah jika diluputkan So dari pertandingan sekolah-sekolah. Sedangkan minat pelajar lebih ke arah SO dari Silat Seni. Tetapi tidak boleh kita ketepikan Silat Seni.

Ketika dahulu Kementerian mengajurkan Kursus Kejurulatihan Seni Silat Malaysia tetapi sekarang sudah tiada lagi. Di mana kesungguhan Kementerian dalam mengembangkan Seni Silat ini? Kursus pun dah tiada, pertandingan sekolah2 peringkat kebangsaan tahun nie pun dah xde... tahun depan dan tahun2 akan datang bagaimana pula ceritanya? Mungkin Seni Silat nie bakal dikeluarkan dari modul kokurikulum Kementerian.. Siapa tahu...


Jadi para perjuang silat cuba la pertahankan maruah kita.

Reply to This

Assalamualaikum
Itu memang masalah pucuk pimpinan Kementerian. Tukar yang atas lain la matlamatnya.. Sebenarnya persatuan silat boleh menjadi serampang 2 mata iaitu sebagai persatuan pakaian seragam untuk aktiviti mingguan dan boleh melatih kepempinan selain peningkatan bengkung.. Untuk persatuan sukan pun boleh iaitu untuk pertandingan. Rasanya pertandingan sukan di sekolah bermusim selepas pertandingan jarang ada perjumpaan persatuan sukan..

Reply to This

salam...

isu pertandingan silat olahraga di peringkat negeri dan kebangsaan anjuran kementerian pelajaran sememangnya hangat diperkatakan terutamamya apabila pertandingan di peringkat kebangsaan telah dibatalkan walaupun kebanyakkan negeri telah mengadakan pertandingan di peringkat negeri masing2 untuk dibawa ke peringkat kebangsaan...masalah kecederaan dan ketiadaan peruntukan adalah alasan semata-mata untuk menidakkan hak pelajar untuk beraksi di peringkat yg lebih tinggi...kebanyakan pelajar merasa kecewa dan sedih,mana tidaknya berlatih sepanjang tahun..berlawan bermati2an akhirnya diberitahu pertandingan di peringkat kebangsaan dibatalkan...ada yg mengatakan berlaku pertukaran pucuk pimpinan dalam kementerian dan macam biasalah,masing2 kononnya hendak membawa perubahan apabila memegang jawatan...kalau macam ni namanya perubahan yg menjahanamkan..

lepas tu bleh plak pengurus silat kebangsaan kata kita kekurangan pelapis untuk mewakili negara...macam mana tak kurang kalau kat peringkat sekolah pon takde pertandingan..kan ke haru namanya tu...bila dah terantuk dah tergadah pon xsedar2 lagi...

setuju dengan pendapat paih tentang profesionalisme jurulatih...sesetengah jurulatih nak kata xbagus tu xkan jadi jurulatih la..tapi perangai tu..camne nak jadi contoh pada murid2..cikgu2 sekolah pon dok perati je tingkah laku...

tapi boleh je pihak sekolah berhubung rapat dengan persatuan/pertubuhan yg mengajar disekolah masing2 untuk meningkatkan lagi aktiviti di sekolah...persatuan silat xsemestinya bersilat je..pegila masuk hutan ke..panjat gunung ke..berkelah ke..lawan futsal ke..macam2 lagi la..tu antara aktiviti yg akan menarik minat pelajar2...tentang pertandingan xsalah kalau berhubung rapat dengan pesaka daerah...mungkin boleh anjur pertandingan bagi sekolah2 yg berada dalam daerah tersebut...sekurang2nya pelajar sekolah ade aktiviti diperingkat luar sekolah...

tapi ade kawan bg tau saya baru2 ni...kalau ade sijil silat langsung org xpandang mase nak mintak keje..tp kalau ade sijil taekwando..beria-ia org nak amek keje..ha..camne lak tu???

Reply to This

hehe, kitorg de gak wt xtvt slain silat utk mgeratkan ikatan sesama ahli... cth, men futsal..., jogging, nek bukit, ujung mggu g pntai, trip ke mana2...hehe

Reply to This

Salam Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman sewaktu mengajar silat di sekolah pada ketika dahulu dan saya juga pernah belajar silat di sekolah. Sebenarnya di sekolah ini adalah mudah untuk mendapatkan ahli menyertai persatuan silat. Tetapi harus kita ingin saban tahun pasti kita akan menerima ahli baru dan ahli lama pula tidak kelihatan kerana sudah tamat sekolah, pindah sekolah dan sebagainya. Jadi hal ini menyebabkan jurulatih terpaksa mengulangi pelajaran asas untuk untuk mengajar ahli baru yang ramai. Hal ini menyebabkan ahli senior terpaksa mempelajari asas kembali padahal mereka telah khatam bab itu.

Kadang-kadang juga latihan penguruan terpaksa dihentikan seketika kerana membuat persiapan latihan untuk menyertai kejohanan silat seni & silat olahraga peringkat sekolah. Ada juga sekolah yang melarang latihan penguruan dihentikan seketika kerana memberi laluan kepada ujian bulan atau peperiksaan semesta dan sebagainya. Hal ini sebenarnya membantutkan perkembangan silat di sekolah.

Jika hal ini berlanjutkan sampai tamat sekolah pun ahli-ahli ini tidak dapat tamat belajar silat. Lebih baik mereka belajar di luar supaya dalam menghabiskan silibus dengan cepat dan mudah tanpa campur tangan pihak sekolah.

Reply to This

Assalamualaikum
Di sekolah memang begitu kerana kurikulum adalah utama. Guru sebenarnya kena latih group senior yang boleh latih bersama rakan untuk bantu guru selain meningkat minat untuk mengajar. Selalunya kalau sekolah tidak berasrama kita akan lihat ahli yang sedikit tetapi pelajar senior akan kembali sebab mereka duduk di sekitar situ. Pelajar asrama pula akan lebih aktif tetapi setelah tamat bersekolah mereka akan berada di kampung memasing

Reply to This

Sewajarnya silat dan juga beladiri lain dijadikan modul wajib dalam sistem kokurikulum sekolah. Ini adalah kerana ilmu silat mahupun beladiri menjadi satu keperluan dan perlu dijadikan pakaian setiap pelajar sekolah. Memandangkan dewasa ini perbagai kes jenayah yang berlaku dan menjadi mangsa adalah pelajar sekolah seperti kes culik, rogol, bunuh dan sebagainya. Hal in amat membimbangkan negara kerana hari demi hari kes jenayah semakin meningkat.

Cadangan saya, perlu diadakan satu MoU dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mewajibkan silat dan beladiri lain menjadi modul wajib kokurikulum pelajar sebagaimana subjek sivik dan kenegaraan menjadi kewajibkan dalam akedemik.

Perlu ditekankan bahawa kepentingan mempelajari beladiri khususnya silat (kerana hak milik orang melayu) di sekolah adalah wajib. Kesedaran adalah penting kerana ilmu beladiri adalah benteng utama dalam mengatasi jenayah. Kita tidak minta kes jenayah berlaku pada anak-anak kita tetapi 'malang tidak berbau' di mana sahaja ada kemungkinan berlakunya jenayah.

Kewajipan mempelajari silat adalah satu cara untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan juga umum dalam konsep memelihara diri dan maruah keluarga, bangsa dan negara. Dengan adanya ilmu silat sedikit sebanyak ia dapat memberi sedikit rangsangan moral positif dalam pengecahan jenayah. Apabila mempelajari silat, mereka (pelajar) tahu apa yang perlu dilakukan semasa berada dalam situasi genting.

Perguruan silat juga perlu memainkan peranan penting dalam usaha menjadikan silat sebagai modul wajib kokurikulum. Konsep pembelajaran teknik beladiri yang ringkas dan berkesan perlu diterapkan agar ia dapat digunakan sebagai senjata utama mematikan niat jahat penjenayah.

Reply to This

Dengan adanya keberkesanan ia mampu menjadi tarikan semua golongan dalam mewujudkan silat sebagai aktiviti wajib di sekolah dan tempat pengajian tinggi. Bukan sukar untuk jadikan silat sebagai kokurikulum wajib di sekolah kerana di Malaysia ini terdapat beribu-ribu persatuan silat berdaftar secara sah.

Reply to This

RSS

About

Mohd Nadzrin Wahab Mohd Nadzrin Wahab created this social network on Ning.

Create your own social network!


Birthdays

Birthdays Today

Birthdays Tomorrow

Badge

Loading…

© 2009   Created by Mohd Nadzrin Wahab on Ning.   Create Your Own Social Network

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service